Sheikh Omar gagal menjadi punca portfolio Exco Johor dirombak?

single-image

Semua sedia maklum sejak negeri Johor ini diambil alih oleh Pakatan Harapan Johor mereka telah membuat rombakan Exco sebanyak dua kali. Terbaru, pada hujung minggu lepas di mana melibatkan portfolio tiga orang Exco kerajaan negeri yang dirombak serta-merta.

Namun sebaik sahaja rombakan tersebut dilakukan, timbul pula satu tanda tanya dibenak fikiran. Mengapa tiba-tiba sahaja Menteri Besar Johor, Dato’ Sahruddin Jamal ingin melakukan rombakan? Ini kerana kita tahu rombakan sebelum ini baru sahaja dilakukan pada April tahun lepas. Jadi bila difikir-fikirkan semula negeri Johor sudah dua kali berlaku rombakan Exco dalam tempoh kurang daripada setahun. 

Bagaimana pun, dari maklumat yang kami terima menyatakan bahawa Sheikh Omar gagal dan culas dalam menjalankan amanah sebagai Exco Belia dan Sukan dengan baik. Jadi tidak mustahil ini antara asbab utama mengapa portfolio Exco Johor secara drastik berubah. 

Malah jika melihat kepada situasi yang berlaku sekarang ada kebenarannya juga. Pertama, pada hari berlakunya rombakan tersebut tiada angin tiada ribut tiba-tiba Sheikh Omar memuat naik laporan kecemarlangannya. Jika sedar diri itu tidak bersalah kenapa perlu gelabah sakan? Exco lain ‘relax’ saja, tiada pula memuat naik laporan kecemerlangan mereka. 

Kedua, jawatan Exco Belia dan Sukan yang dipegang oleh Sheikh Omar dikembalikan semula kepada Khuzzan seperti mana di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Johor yang terdahulu. Ketiga,  tidak lama lagi SUKMA 2020 akan dilangsungkan di negeri ini, tetapi kita sendiri dapat lihat Sheikh Omar tidak serius dalam membuat promosi SUKMA 2020 secara besar-besaran kepada umum. 

Jadi ini sahaja cukup membuktikan bahawa semasa Sheikh Omar memegang jawatan tersebut, tidak berlaku apa-apa perubahan yang positif kepada belia terutamanya sukan di Johor. Yang kita nampak Sheikh Omar ini hanya sibuk berpolitik dengan membela DAP lebih daripada membela belia di Johor. Golongan belia di Johor apa sahaja yang Sheikh Omar sudah lakukan? Mmberi peluang pekerjaan? Mimpi sahajalah.

Harapnya ini adalah rombakan terakhir yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor pada hari ini. Kalau tidak sampai bila asyik tukar Menteri Besar dan rombak Exco. Sampai rakyat pun semakin bosan dengan kerajaan negeri yang jelas tiada apa-apa perubahan  yang dapat diberikan kepada rakyat dan negeri ini sendiri. 

Sekian,

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.