Shafie tolak katak, Anwar bela katak

single-image

Ramai sedia maklum senario politik di Malaysia kini kembali bergoncang sebaik sahaja Anwar Ibrahim mengumumkan sesuatu yang tergempar tadi. Suhu politik kian panas apabila Anwar mengatakan bahawa dirinya mendapat majoriti kuat dari kalangan Ahli Parlimen. Namun sehingga kini masih tidak pasti siapakah mereka yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, situasi politik di PRN Sabah juga tidak kurang hebatnya. Hari-hari terakhir kempen dipenuhi dengan isu sensasi. Tetapi yang menarik perhatiannya adalah ucapan Shafie Apdal ketika berkempen di sana.

Dalam siri kempen, Shafie Apdal sering kali mengajak pengundi menolak budaya ‘katak’ di Sabah. Tetapi sebaliknya berlaku di Semenanjung, Anwar Ibrahim pula sedang ‘membela’ katak untuk jadi PM. Jadi mana satu sebenarnya pendirian Pakatan Harapan Plus, terima atau tolak katak?

Sejarah memang sudah membuktikan kewujudan ‘katak’ ini Pakatan Harapan yang mulakan selepas PRU-14 yang lalu. Sejak kejadian itu, kita sendiri boleh lihat ahli politik bertukar Haluan dan lompat-melompat parti sesuka hati.

Sekiranya betul ada ‘katak’ yang masih berkeliaran melompat ke sini dan ke sana. Ada lebih eloknya lepas ini tolak sahaja mereka daripada calon PRU-15. Sudah pasti rakyat pun sudah muak dengan taktik politik seperti ini yang tiada kesudahannya. Tolak mereka dan negara akan kembali aman dan tenang seperti sediakala.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Leave a Comment

Your email address will not be published.