Sering Ditekan Amerika, Kini Giliran Huawei Mahu Tuntut Royalti Dari Syarikat AS

single-image

Menurut pakar, Huawei berkemungkinan akan menuntut lebih banyak royalti daripada firma Amerika Syarikat untuk teknologi yang digunakan dan dipatenkan oleh syarikat gergasi telekom China berkenaan. Hal ini berikutan oleh tekanan yang berterusan diberikan oleh Washington.

Ini akan menjadi peralihan terbesar dalam strategi Huawei kerana sebelum ini mereka bukanlah pihak (syarikat) yang suka mengambil tindakan undang-undang dalam sesuatu isu terumanya dari segi pemilikan hak harta intelik (IPR) walaupun memiliki beberapa paten penting dalam dunia telekomunikasi ini.

Minggu lepas, Reauters ada melaporkan bahawa Huawei telah menuntut pihak Verizon untuk membayar 1 billion (USD) royalti untuk lebih daripada 230 paten Huawei. Malah Verizon bukalah satu-satu syarikat yang terlibat dalam isu pertikaian paten ini, menurut CEO dan pengasas syarikat Huawei, Ren Zhengfei berkata bahawa minggu ini pihaknya mungkin boleh menuntut royalti dari lebih banyak firma.

Gambar : CNN Market

Tambahnya lagi,

“Selama ini, kami tidak agresif mencari royalti IPR kepada syarikat yang menggunakan IPR kami, itu kerana kami sibuk membangunkan perniagaan kami.

Sekarang kami mempunyai lebih banyak masa, jadi kami akan cuba mendapatkan wang dari syarikat-syarikat yang menggunakan IPR kami.”

Sebelumnya, Huawei telah dilarang untuk menjual peralatan telekomunikasi mereka di Amerika Syarikat tetapi teknologi yang dipatenkan oleh Huawei masih digunakan oleh firma Amerika melalui pihak ketiga.

Sumber : siakapkeli.my

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.