Seorang MP Pakatan Harapan Johor persoal harta Sultan Johor?

single-image

Negeri yang terletak di Selatan tanah air tidak pernah lari daripada isu panas, ada sahaja cerita-cerita politik yang melanda negeri tersebut selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Kebanyakkan cerita yang kita dengar selalunya berkenaan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Tetapi kali ini tiada angin tiada ribut negeri Johor bergegar apabila ada sumber mengatakan terdapat seorang MP Pakatan Harapan Johor akan meminta DYMM Sultan Johor serta kerabat diraja Johor untuk mengisytiharkan harta mereka. Malah individu berkenaan juga meminta supaya DYMM Sultan Johor mendedahkan jumlah tanah yang dimiliki baginda.

Melalui sumber yang sama juga ada mengatakan bahawa perkara ini akan dibawa ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari esok di Iskandar Puteri. Apakah motif utama individu ini sehinggakan mahu mengusulkan perkara yang tidak relevan ini dalam sidang DUN Johor?

Apa yang lebih pentingnya sekarang adalah adakah benar semua ini akan berlaku di Johor? Apa sudah jadi sehingga individu ini dengan beraninya mempersoalkan harta Sultan Johor serta kerabat diraja Johor?

Jika perkara ini benar-benar berlaku nampaknya ia adalah suatu tindakan yang biadap dan melampau. Malah ia seolah-olah perkara yang sengaja ditimbulkan bagi membangkitkan syak wasangka rakyat terhadap DYMM Sultan Johor dan kerabat diraja Johor.

Sedangkan umum pengetahui bahawa DYMM Sultan Johor dan kerabat diraja Johor banyak berjasa kepada seluruh rakyat Johor dan sentiasa digelar sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.

Jadi perkara ini sepatutnya tidak perlu berlaku di Johor. Ini kerana negeri Johor milik DYMM Sultan Johor selaku pemimpin tertinggi di negeri Johor. Jadi untuk apa kita sebagai golongan marhaen ingin mempersoalkan harta Sultan Johor? Melainkan jika ada motif-motif tertentu oleh individu-individu yang berkepentingan.

Lagipun apa yang perlu dihairankan, DYMM Sultan Johor merupakan kerabat diraja jadi tidak mustahil harta yang dimiliki baginda adalah harta turun termurun. Walaupun, DYMM Sultan mempunyai harta yang banyak, baginda tidak pernah rasa terbeban untuk menyalurkan sebahagian hartanya kepada rakyat melalui pusat zakat Johor, Biasiswa Sultan Ibrahim dan banyak lagi manfaat yang diterima oleh rakyat negeri Johor.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, saya akan sentiasa teguh berdiri di belakang DYMM Sultan Johor. Malah saya juga berharap rakyat Johor bersama-sama dengan saya untuk mempertahankan DYMM Sultan Johor dan kerabat diraja Johor agar maruah serta kedaulatan negeri Johor tidak sewenang-wenangnya boleh diperlekehkan oleh individu-individu yang berkepentingan.

Namun apa yang peliknya, sebelum ingin mempersoalkan harta DYMM Sultan Johor dan kerabat diraja Johor, kenapa tidak terlebih dahulu persoalkan harta yang dimiliki Perdana Menteri ke-4 dan anak-anaknya? Itu sewajarnya yang perlu diusulkan oleh MP Pakatan Harapan kepada kerajaan negeri Johor.

Kesimpulannya, siapakah sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik semua ini?

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.