Semut ‘Charlie’… Jangan jerit, hembus atau alirkan air untuk buang dari badan

single-image

Jika anda melihat serangga kecil yang secara zahirnya kelihatan seperti semut, tetapi mempunyai badan berbelang berwarna hitam anda seharusnya berhati-hati dengan serangga ini kerana ia mempunyai bisa dan sangat berbahaya.

Dalam kalangan masyarakat Melayu, serangga ini turut masyhur dengan nama semut semai atau Charlie.

Namun pada hakikatnya, Charlie bukanlah dikategorikan dalam spesies semut, tetapi haiwan ini merupakan sebahagian daripada keluarga kumbang.

Kebiasaannya, kumbang ini akan merangkak di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya.

Dalam situasi tertentu, sekiranya merasa terancam, kumbang ini akan mengangkat abdomennya ke atas menyerupai kala jengking untuk menakutkan musuhnya.

Gigitan semut itu yang nama saintifiknya Staphylinidae boleh memberi kesan seperti bengkak, sakit dan gatal terutama kepada kanak-kanak.

Toksin Charlie dikatakan 12 kali ganda lebih berbisa berbanding bisa ular tedung

Walaupun hanya bersaiz kecil, namun serangga ini mampu memberi kesan yang teruk kepada manusia sekiranya terkena bisanya.

Dalam badan kumbang ini tersimpan cecair hemolimf atau toksin yang disebut sebagai “pederin” (C24H43O9N).

Toksin ini dikatakan 12 kali ganda lebih berbisa berbanding bisa ular tedung (Cobra).

Malah, kumbang ini walaupun setelah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih kekal beracun.

Toksin ini sekiranya terkena pada bahagian kulit tubuh badan manusia, akan menyebabkan “dermatitis linearis”, “paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis”.

Beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan

Kumbang ini tidaklah menyengat atau menggigit tetapi mengeluarkan toksinnya apabila dipicit atau ditekan.

Toksinnya juga boleh dirembeskan pada tempat-tempat lain seperti cadar, baju atau pakaian lain.

Sekiranya anda melihat kumbang ini hinggap di tangan, jangan menjerit atau berteriak kerana ini akan menyebabkan kumbang ini merasa terancam dan merembeskan toksin secara automatik.

Sebaiknya kumbang ini ditiup sehingga pergi atau dibuang menggunakan alat atau tangan yang ditutupi plastik.

Setelah itu, basuh tangan anda dengan air dan sabun.

Antara kesan setelah terkena toksin adalah apabila anda merasa gatal-gatal dan kulit anda berubah menjadi merah dan bernanah.

Sekiranya keadaan menjadi lebih teruk, anda dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Untuk mengelakkan gangguan serangga ini, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil.

Antaranya, tutup semua pintu dan tingkap serta matikan lampu apabila tidak digunakan.

Hal ini disebabkan kumbang ini sangat suka tempat yang terang dan bercahaya.

Selain itu, elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu terdedah untuk mengelakkan sentuhan secara langsung dengan serangga ini.

Aerosol anti serangga, perangkap berpelekat dan kelambu nyamuk yang halus juga boleh digunakan.

Sumber : freemalaysiatoday.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.