Semua agensi kerajaan diarahkan untuk bantu ‘Kempen PRK Tanjung Piai’?

single-image

Daripada maklumat yang kami dapat ada arahan daripada pihak tertentu supaya semua program kerajaan yang telah dirancang perlu dijalankan di Tanjung Piai. Buktinya ada beberapa perbualan WhatsApp yang diterima berkongsikan mengenai program-program yang bakal diadakan hampir setiap hari.

Bukan itu sahaja, mereka turut menerima arahan supaya agensi yang masih belum merangka apa-apa program perlu merancang dan laksanakan sekurang-kurangnya satu program di Tanjung Piai. Malah agensi-agensi terlibat perlu menyusun program-program yang dirancang dari sekarang sehinggalah hari pengundian.

Persoalannya, adakah perancangan ini di susun begitu rapi hanyalah semata-mata untuk membantu Pakatan Harapan berkempen dan tabur dedak mereka kepada pengundi Tanjung Piai? Malah adakah ini tidak menjadi satu kesalahan dan inikah yang dinamakan menghalalkan apa yang haram?

Fikirlah semula, dahulu Pakatan Harapan bukan main mengutuk Barisan Nasional kerana mengunakan harta kerajaan untuk berkempen. Tetapi sekarang ini mereka lebih teruk daripada itu sehingga sanggup mengeluarkan arahan seperti itu semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Di sini jelas sekali dapat kita lihat Pakatan Harapan begitu terdesak untuk menang dalam PRK kali ini. Maklumlah kita juga maklum bahawa beberapa siri PRK sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional. Jadi tidak mustahil untuk menang PRK kali ini mereka akan gunakan apa-apa sahaja cara janji mereka menang.

Jelas ini tidak lain tidak bukan kerana mereka mula sedar kini semakin hari mereka semakin ditolak rakyat. Apa-apa pun, saya harap pengundi-pengundi Tanjung Piai perlu bijak untuk membuat pilihan pada hari mengundi itu nanti. Berikanlah undi anda kepada yang betul-betul layak. Yang pasti jika satu undi anda dermakan untuk PPBM ini bermakna anda memberi satu undi kepada DAP.

Sekian.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.