Semoga negara dilindungi daripada orang tamak dan gila kuasa – TMJ

single-image

KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa demi kepentingan peribadi.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sistem beraja yang mana Raja-Raja Melayu menjadi penting untuk berfungsi memberi kelebihan semak dan imbang dalam pentadbiran negara.

“Situasi sekarang adalah petunjuk jelas yang menunjukkan apa yang akan berlaku bila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik sahaja.

“Di dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar.

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja di mana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan “check & balance” dalam pentadbiran negara. Doa dan harapan saya adalah Kestabilan. Semoga Allah sentiasa memberkati Raja-Raja Melayu,” katanya pada hantaran Facebook miliknya di sini hari ini. –

Sumber : MalaysiaGazette

Leave a Comment

Your email address will not be published.