Semangat ahli UMNO tidak akan pernah luntur

single-image

PONTIAN : Semalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hasan, Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata walaupun kini UMNO tidak berperanan sebagai kerajaan namun semangat ahli-ahli UMNO tetap utuh.

“Semangat ahli-ahli UMNO ini tidak pernah luntur sama sekali. Malah mereka begitu semangat menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

“Semangat kita ini yang sudah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin atasan harus kita sanjung dan pertahankannya,” katanya.

Menurut beliau lagi, meskipun pilihan raya yang lalu DUN Pulai Sebatang mencipta sejarah apabila DUN tersebut terlepas dari genggaman UMNO namun UMNO Bahagian Pontian akan pastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

“kita faham keadaan ketika itu sukar kerana hamper 2,000 pengundi di DUN tersebut telah dipindahkan ke DUN yang lain.

“Namun saya menyeru supaya kerusi Pulai Sebatang untuk pilihan raya kelak kembali diperuntukan kepada UMNO.

“Bukan sahaja kerusi Pulai Sebatang tetapi kita juga akan memastikan supaya kerusi di Kukup dipertahankan dan memenangkan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan.

Sementara itu, Datuk Ir Hasni juga turut berjanji bahawa semua bahagian dalam pilihan raya akan datang mestilah menyumbangkan sekurang-kurangnya satu kerusi DUN.

-JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.