Selepas setahun jadi Kerajaan, PH Johor masih gagal membina walaupun sebuah Rumah Mampu Biaya Johor.

single-image

Rakyat Johor khususnya pasti sudah maklum tentang manifesto kerajaan Pakatan Johor yang telah mensasarkan untuk membina sebanyak 100,000 buah rumah mampu biaya dalam tempoh lima tahun. Ini merupakan janji yang telah ditaburkan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya yang lalu.

Tetapi yang jelasnya selepas setahun Pakatan Harapan Johor menjadi kerajaan tidak nampak satu usaha pun yang menunjukkan mereka ingin menunaikan janji tersebut. Lebih tepat lagi, sepanjang setahun lebih mereka memerintah ini, sebuah Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) langsung tidak kelihatan di negeri ini.

Yang lebih kelakar, kerajaan Pakatan Harapan Johor terlalu mendabik dada mengatakan mereka sudah membina sebanyak 1,964 buah RMBJ selama mereka mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional. Apa lagi rakyat juga percaya bulat-bulat tentang hal ini tetapi tidak pada saya.

Sedangkan hakikat yang sebenarnya sebanyak 1,964 buah rumah yang berjaya dibina itu adalah hasil usaha kerajaan sebelum ini dari awal lagi. Atau dengan kata lain, kerajaan Pakatan Harapan Johor selama ini hanya meneruskannya sahaja bukannya mengerakkannya dari mula hingga akhir.

Jadi secara kiraan mudahnya, 1,964 buah rumah yang berjaya dibina itu tidaklah termasuk dalam senarai 100,000 buah rumah yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan Johor sebelum ini.

Melihat situasi ini, tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa janji Pakatan Harapan Johor untuk membina sebanyak 100,000 unit RMBJ hanya retorik politik dan lebih kepada bersifat populis. Di samping itu, ia juga hanya digunakan semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya yang lalu sahaja.

Malah keadaan ini juga memberi gambaran yang jelas bahawa kerajaan Pakatan Harapan Johor tidak akan mampu untuk menyiapkan 100,000 unit RMBJ dalam tempoh lima tahun. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pelan perancangan yang jelas dan teratur soal pembinaan RMBJ.

Persoalannya, bagaimana mahu mencapai sasaran jika sudah lebih setahun memerintah hingga kini masih tiada sebuah pun RMBJ dibina? Mereka hanya tahu ‘claims’ hasil usaha kerajaan dahulu sahaja.

Jika dakwaan ini salah dan tidak berasas, saya minta Exco Perumahan Johor, Dzulkefly Ahmad atau pihak kerajaan negeri tampil ke hadapan. Sekali gus mengemukakan bukti dan menunjukkan di mana RMBJ yang telah berjaya dibina oleh kerajaan Pakatan Harapan Johor selama ini?

Pada saya, jika tidak mampu untuk menunaikan janji, janganlah berjanji. Rakyat bukan boneka yang boleh dipermainkan sesuka hati. Harapan saya, jika Exco Perumahan dan Menteri Besar Johor ingin kekal selesa di kerusi yang ada sekarang ini lebih baik selesaikan masalah RMBJ ini dengan segera kerana masa sudah suntuk. Lima tahun boleh jadi hanya dua atau tiga tahun sahaja. Fikir-fikirkanlah.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.