Saifuddin ke KDN? Itu tanya PM – Muhyiddin

single-image

PUTRAJAYA 4 Sept. – “Anda perlu tanya Perdana Menteri.”

Demikian reaksi ringkas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas laporan mendakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bakal menggantikannya di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Muhyiddin ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Persatuan Pengurus dan Guru Sekolah Cina Johor iaitu sebuah persatuan yang bernaung di bawah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)

Utusan Online hari ini melaporkan berhubung rombakan Kabinet yang dikatakan bakal diumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain Muhyiddin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut dikatakan terlibat dalam rombakan itu namun begitu, portfolio yang akan dipegang oleh Muhyiddin dan Guan Eng selepas ini tidak dinyatakan.

Pada minggu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui mungkin berlaku perubahan kecil portfolio menteri, tetapi menegaskan tiada pelantikan menteri baharu untuk menganggotai Kabinet.

Dalam pada itu, mengulas berhubung pertemuan dengan Persatuan Pengurus dan Guru Sekolah Cina Johor, Muhyiddin berkata, persatuan itu telah diberi tempoh yang bersesuaian untuk membuat pindaan terhadap beberapa perkara berkaitan perlembagaan mereka.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan ekoran rayuan yang dihantar mereka secara rasmi kepadanya hari ini selepas pengeluaran surat pembatalan oleh Jabatan Pendaftaran (ROS) pada 8 September lepas.

“Sebab itu tu mereka datang dengan peguam dan wakil untuk mengemukakan rayuan. Mengikut prosedur biasa kalau pertubuhan itu telah terbatal maka pihak terlibat boleh mengemukakan rayuan kepada menteri untuk memutuskan supaya pembatalan itu dapat dipulih semula.

“Mereka juga menyatakan latar belakang persatuan ini yang tertubuh sejak 1955. Jadi tempoh lebih 60 tahun dan sebab perkara tertentu iaitu dari segi teknikal baru-batu ini ia terbatal. Sebab itu mereka mohon supaya saya pertimbangkan. Saya dengar kes yang telah dibentang dan dapati perkara itu adalah bagaimana biasa dan bukan terpencil,” katanya.

Yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim serta wakil persatuan itu yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong.

Pendaftaran persatuan itu sebelum ini dilaporkan dibatalkan selepas tidak memberi penjelasan kepada ROS mengenai pindaan perlembagaan persatuan berkaitan pembabitan guru.

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.