Rumah Melayu kena sita, mana pergi wakil rakyat Johor Jaya DAP?

single-image

Mengejutkan pada hari ini apabila hampir 11 rumah di Rumah Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam telah disita oleh pihak berkuasa di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang zalim.

Ia susulan tunggakan penyewa yang majoritinya orang Melayu dengan bayaran sewaan rumah dengan Kerajaan Johor.

Apa yang mendukacitakan, di mana budi bicara dan jalan penyelesaian yang boleh digunakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban serta memudahkan penyewa menjelaskan bayaran tanpa perlu menyita rumah mereka.

Belum pernah dalam sejarah kerajaan terdahulu di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyita rumah penduduk. Malah, banyak saluran yang digunakan untuk membantu dan memudahkan urusan rakyat. Yang lebih mustahak rakyat mempunyai rumah untuk hidup dalam keadaan harmoni.

Di mana wakil rakyat Johor Jaya dari DAP? Berkhidmat lah kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Di mana pejuang-pejuang Melayu Pakatan Harapan yang beria-beria melaungkan Malaysia Baharu?

Marilah kita mendoakan agar rakyat yang dizalimi ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Semakin menghampiri Ramadhan, semakin besar ujian mereka yang bakal menyambutnya tanpa rumah.

Sumber : Facebook UMNO Pasir Gudang

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.