Ronnie Liu mahu peralihan kuasa PM pada Mei

single-image

SHAH ALAM : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu mahu peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Mei ini.

Menurutnya, beliau berharap Dr Mahathir menghormati tempoh masa yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Sekarang, Anwar telah bebas dari penjara dan juga seorang Ahli Parlimen, masa untuk mengambil alih kepimpinan sekarang adalah tepat.

“Negara telah menunggu lama untuk Anwar mengambil alih kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri yang kelapan.

“Hanya Anwar sahaja yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, oleh kerana pelbagai isu telah berlaku dan mengikis keyakinan rakyat kepada kerajaan kebelakangan ini, maka sudah menjadi keperluan untuk Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar.

“Transisi ini perlu dilakukan dengan lancar untuk kebaikan negara, rakyat, Dr Mahathir dan keluarganya.

“Dengan pengalaman besar yang ada pada Dr Mahathir, beliau perlu berjiwa besar dan menjadi negarawan seperti yang pernah dilakukan oleh (bekas Presiden Afrika Selatan) Nelson Mandela,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.