Rome Statue : Pertahankan institusi istana

single-image

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
12 Mac 2019 | 5 Rejab 1440

“ROME STATUTE: PERTAHANKAN INSTITUSI ISTANA”

1. Negara Anggota Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa ialah negara-negara yang meratifikasikan atau menerima Rome Statute, suatu perjanjian yang mengasaskan Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Menjelang Jun 2011, 114 buah negara telah menjadi negara ahli mahkamah, termasuklah seluruh Amerika Selatan, hampir seluruh Eropah, dan lebih kurang separuh daripada semua negara di Afrika.

2. Bagi Grenada dan Tunisia, negara ahli ke-115 dan ke-116, Statute ini masing-masing akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2011 dan 1 September 2011. Sebanyak 34 buah negara yang lain termasuk Rusia, telah menandatangani Rome Statute tetapi masih belum meratifikasinya.

3. Salah satu negara ahli, yakni Côte d’Ivoire, telah menerima bidang kuasa Mahkamah. Undang-undang triti mewajibkan negara-negara ahlinya supaya mengelakkan “perbuatan-perbuatan yang menggagalkan objektif dan tujuan” perjanjiannya. Tiga negara ahli, iaitu Israel, Sudan, dan Amerika Syarikat, telah pun “menyahtandatangani” Rome Statute dan dengan itu, membayangkan bahawa mereka tidak lagi bertujuan untuk menjadi negara ahli dan justeru, tidak mempunyai sebarang kewajipan di sisi undang-undang yang tertimbul daripada penandatanganan statut oleh wakil mereka.

4. Negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih belum menandatangani atau meratifikasikan ataupun menerima Rome Statute. Sesetengah mereka, termasuk China dan India, bersikap kritis terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Pihak Berkuasa Palestin yang bukan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, telah pun menerima bidang kuasa Mahkamah secara rasmi. Bagaimanapun, tidaklah jelas tentang kesahan penerimaan ini di sisi undang-undang.

5. Mahkamah Jenayah Antarabangsa secara automatik berhak menguatkuasakan bidang kuasanya terhadap sebarang jenayah yang dilakukan di wilayah negara-negara ahli atau seorang warga negara ahlinya. Negara ahli perlu bekerjasama dengan mahkamah, termasuk juga menyerahkan orang yang disyaki sewaktu diminta berbuat demikian oleh Mahkamah. Negara ahli berhak menyertai dan memilih dalam mesyuarat Perhimpunan Negara Ahli yang merupakan badan pentadbiran Mahkamah.

6. Natijahnya, mengekalkan kestabilan politik negara bukan kerja mudah. ‘Politiking’ melampau bakal memburukkan lagi keadaan. Melihat ke depan secara lebih saksama akan melahirkan masa depan negara yang lebih gemilang.

7. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor memperingatkan, belajarlah dari kesilapan yang lalu untuk diperbaiki hari ini. Tradisi dan adat yang sudah mengakar, jangan dipotong terus. Bukan mudah untuk mencari teras baru yang kukuh. Pertahankan institusi istana yang telah menjadi teras negara. Jangan takut dengan Islam, kerana formula inilah yang telah berjaya membina kestabilan. Persepsi buruk perlu ditapis secara adil untuk menjadi lebih bijak.

“Islam Memimpin”
“Terus Mara”
“Mengatur Langkah, Memimpin Ummah”

USTAZ JUWAHIR BIN AMIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.