Rakyat sudah sedar ditipu punca PH makin terdesak

single-image

KUALA LUMPUR : Gabungan parti dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa sudah semakin terdesak ketika berdepan dengan rakyat.

Tan Sri Shahrir Samad mendakwa, keadaan itu disebabkan PH terlalu banyak sangat berjanji yang bukan-bukan dan menabur fitnah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14.

Veteran UMNO itu berkata, kebenaran tidak boleh disekat kerana penipuan janji-janji dan fitnah yang dibuat terbongkar dengan seiring masa berlalu.

“Kebenaran tidak boleh disekat kerana penipuan janji dan fitnah akan terbukti palsu apabila masa berlalu dan setahun setengah PH dah jadi pemerintah, rakyat yang tertipu sudah tahu mereka tertipu.

“Itulah, jangan terlalu banyak sangat berjanji. Sambil berjanji yang bukan-bukan, menabur fitnah pula semasa PRU14 supaya rakyat naik marah kepada BN.

“Masa itu yang pasti membuktikan janji-janji itu ditunaikan atau sebaliknya dimungkiri. Sama juga dengan fitnah. Ianya terbongkar juga dek masa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Shahrir menambah, apabila rakyat sedar dengan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan maka pemimpin-pemimpin PH cuba menawan semula hati pengundi-pengundi Tanjung Piai dengan projek-projek dan pemberian bantuan kewangan, serta hujah-hujah rasis.

“Seperti dibuat oleh Lim Guan Eng. Dia cuba naikkan semangat pemimpin dan ahli DAP Johor dengan menyatakan kesemua hak masyarakat Cina (pendidikan vernakular, jawatan-jawatan kerajaan, peluang ekonomi) akan semua terancam kalau calon MCA- BN menang di PRK Tanjung Piai.

“Hanya Lim Guan Eng cuba “spin” kononnya tuntutan-tuntutan Kongres Maruah Melayu tajaan Tun Mahathir dan PPBM adalah hasil Himpunan Penyatuan Ummah UMNO- PAS dan Piagam Muafakat Nasional.

“Bohong lagi, si Lim Guan Eng ini. Jelas sangat sikap rasisnya juga,” ujarnya.

Sedangkan, kata Shahrir, Piagam Muafakat Nasional UMNO-Pas mengisytiharkan pembentukan suatu Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

“Tapi dah terdesak, boleh terus menipu. Takut kalah, terus buat ugutan rasis.

“Sama jugalah dengan Sallehudin Ayub. Ditakutkan pengundi Tanjung Piai, kalau BN menang, orang Tanjung Piai tak boleh hidup aman, berniaga susah, nak ke laut pun susah!

“Tambah pulalah dengan janji-janji projek dan bantuan kewangan!,” tambah beliau sambil berkata ada lagi seminggu lagi untuk berkempen dan apa lagi yang hendak ditipu PH.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.