Rakyat Sabah pilih GRS, BN

single-image

KEPUTUSAN rasmi telah pun diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah telah berjaya membentuk kerajaan baru di Sabah menewaskan Parti Warisan.

Terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah kerana telah membuat pilihan tepat memilih GRS dan BN untuk menerajui negeri di bawah bayu.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada seluruh pimpinan, calon dan jentera pilihan raya GRS dan BN yang bertungkus lumus dalam usaha untuk memenangi hati rakyat di negeri Sabah.

Tentunya kemenangan GRS dan BN menunjukkan keyakinan rakyat negeri Sabah kepada janji-janji atau manisfesto yang diketengahkan oleh gabungan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua calon GRS dan BN yang menang pada PRN kali ini.

Ini masanya dan ketika anda melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat yang dipilih secara integriti.

Apa yang penting, jadilah wakil rakyat yang amanah dan dedikasi serta melaksanakan apa yang dijanjikan dalam aku janji PRN Sabah.

Janganlah menjadi seorang wakil rakyat yang semasa berkempen saja baru nampak muka. Berkhidmatlah kepada rakyat sepenuh masa.

Calon yang kalah, tolong hormati keputusan rakyat dan biarpun kalah teruskanlah usaha untuk membantu rakyat di kawasan berkenaan.

Semoga dengan kemenangan ini, Sabah akan terus maju dan cemerlang di bawah kerajaan baharu yang diterajui oleh GRS dan BN.

Saya juga mengharapkan tiada lagi katak-katak yang cuba melompat sana sini bagi kepentingan diri sendiri. Ingatlah Rakyat memerhati dan menilai pendirian dan prinsip seseorang wakil rakyat itu.

Tahniah sekali lagi kepada semua calon GRS dan BN yang menang. Terima kasih rakyat Sabah.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru.

Leave a Comment

Your email address will not be published.