Rakyat Johor tidak rela ditipu, MB Johor tunjuk bukti, kalau tipu sila letak jawatan

single-image

1. Sehari dua ini sibuk diperkatakan viral di laman sosial tentang Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memilik Ijazah palsu selepas seorang Timbalan Menteri daripada parti yang sama dipalit isu yang sama.

2. Memalsukan ijazah atau kelayakan akademik adalah satu kesalahan besar yang dilakukan oleh individu yang tiada integriti, apatah lagi sebagai yang bergelar Yang Amat Berhormat. 

3. Bagaimana seorang Menteri Besar boleh menipu tentang kelayakan akademiknya hendak meminta rakyat untuk menghormatinya dan menggangap beliau sebagai seorang pemimpin memiliki kredibiliti?

4. Amatlah memalukan seorang Menteri Besar tidak jujur terhadap diri sendiri dan rakyat serta sanggup melakukan perkara yang jijik sebegini.

5. Sebagai pemimpin parti dan Pengerusi PH Johor serta kononnya berada dalam parti yang berjuang pada prinsip kejujuran. Situasi ini hanya dongengan sahaja di bibir.

6. Sehingga saat ini, beliau masih belum menjawab isu ini. Adakah pasukan medianya atau pegawai-pegawai khasnya ketika ini sedang ‘panas punggung’ dan sedang dimaki oleh Osman Sapian untuk mencari sumber menangkis isu ini?

7. Adakah mereka akan menggunakan alasan sama yang dipakai penyokong-penyokong PH iaitu: “Menipu sijil tidaklah seteruk mencuri duit rakyat, duit negara”. Adakah menipu sijil itu lebih mulia dari perbuatan mencuri? Agak mencuit hati alasan sedemikian.

8. Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor hari ini MENDESAK Osman Sapian untuk tampil membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dengan menunjukkan bukti sijil ijazah asli yang diperolehinya ketika belajar dahulu di UPM.

9. Sekiranya gagal menunjukkan bukti, kami MINTA beliau untuk mengaku telah mengkhianati dan menipu rakyat negeri ini, sekali gus DIPERSILAKAN untuk berundur melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar SEGERA.

JOHAN AZAM MOHD YASIN
KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PEMUDA NEGERI JOHOR

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.