Raja Permaisuri Johor pertahan TMJ dalam perselisihan dengan Putrajaya

single-image

PETALING JAYA : Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Siltan Idris Shah, mempertahankan anaknya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahimm dalam perselisihan dengan Putrajaya.

Dalam satu hantaran di Facebook, Raja Zarith Sofiah berkata, beliau berasa tertekan melihatnya anaknya, yang popular dengan panggilan TMJ itu, teruk dikritik.

Raja Zarith Sofia berkata, ini lebih-lebih lagi kerana sebagai ibu, beliau pernah mengalami keperitan melihat salah seorang anaknya menghembuskan nafas terakhir dan dikebumikan.

“Mungkin tidaklah salah jika saya berasa tertekan apabila anak saya yang lain dimaki hamun dengan rancak, diperli dan dijadikan sebagai hiburan oleh semua yang memikirkan mereka lebih bijak, dan tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan pun,” katanya dengan menambah bahawa beliau berdoa semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada mereka.ADVERTISING

Dalam responsnya, TMJ berkata, Allah akan sentiasa memelihara Sultan Johor.

“Jangan risau Mama. Segala-galanya akan baik sahaja. Tidak kira betapa gelapnya ribut melanda, akan sentiasa ada sinar mentari. Ini janjiku kepadamu. Allah Peliharakan Sultan,” katanya dalam Tweeter.

Hubungan antara istana Johor dan Putrajaya tegang sejak kebelakangan ini.

Bulan lepas, kerajaan menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dengan menyebut ia berpunca daripada “kekeliruan dalam masyarakat disebabkan politik”.

Istana Johor dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju tentang pihak yang mempunyai kuasa budi bicara dalam melantik menteri besar Johor yang baru berikutan peletakan jawatan Osman Sapian.

Sebelum ini dalam satu rakaman video, TMJ berkata, “baik tukar perdana menteri”, sewaktu meninggalkan stadium Larkin, berikutan kekalahan Johor Darul Ta’zim 0-1 di tangan Shandong Luneng dalam Kejohanan Liga AFC.

Dalam video itu kenderaan yang membawa TMJ berhenti apabila ada penyokong yang berkata, “tukar Mora”, merujuk kepada pengurus kelab bola sepak negeri itu, Benjamin Mora.

Tunku Ismail yang duduk di kerusi depan kenderaan berkenaan mengeluarkan kepalanya dan berkata, “daripada tukar Mora, baik tukar perdana menteri”.

Berikutan insiden itu Dr Mahathir berkata, jawatan Tunku Ismail tidak kekal dengan merujuk pelantikan adiknya sebagai tunku mahkota sebelum itu.

Dr Mahathir berkata, hanya rakyat boleh menukar perdana menteri.

Sumber : freemalaysiatoday.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.