PTPTN – Istihar muflis sebelum ‘black list’ di Imegresen

single-image

KUALA LUMPU : Pada masa depan, kerajaan akan mengisytiharkan peminjam yang tidak membuat pembayaran PTPTN sebagai bankrap sebelum mereka disenarai hitam dari meninggalkan negara, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, menurut laporan The Malay Mail.

Tambah beliau lagi, arahan menarik semula larangan keluar negara oleh peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran sebelum ini adalah cuma di atas premis bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bergerak secara bebas.

“Hanya kerana kita adalah kerajaan, kita tidak boleh melakukan tindakan sesuka hati. Jadi jika kita perlu bankrapkan peminjam untuk memasukkan mereka dalam senarai hitam, kita akan lakukannya di masa depan. Kita akan mengambil langkah-langkah yang perlu” – Teo Nie Ching

Teo berkata lagi, pemerintahan sebelum ini tidak konsisten mengimplimentasikan polisi berhubung peminjam yang tidak membuat pembayaran balik pada masa lepas.

Selain itu, menurut Teo, sesiapa yang membuat pinjaman pendidikan dari bank hanya disenarai hitam dari keluar negara apabila mereka diisytiharkan bankrap, tetapi tidak bagi peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran tetapi tidak diisytiharkan bankrap, nama mereka akan serta-merta diletakkan dalam senarai tidak dibenarkan terbang oleh Jabatan Imigresen.

“Jadi, saya berasa ini agak tidak adil bagi peminjam yang memerlukan wang untuk menghabiskan pelajaran meereka” – Teo Nie Ching

Teo menjawab perkara ini sebagai menjawab soalan dari MP Kuala Kedah, Azman Ismail yang bertanya mengapakah PH menarik balik arahan larangan keluar negara bagi peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran dan adakah cara ekftif untuk membuat mereka membayar balik pinjaman yang telah dilakukan.

Bulan lepas, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan bahawa nama 429,945 peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran telah dikeluarkan dari senarai hitam Jabatan Imigresen. Tetapi, beliau turut menambah peminjam yang gagal membuat pembayaran akan disenarai hitam di bawah sistem CCRIS Bank Negara.

Ketika PRU ke 14, Pakatan Harapan berjanji dalam 100 hari akan menangguhkan pembayaran PTPTN selagi gaji peminjam tidak mencecah RM4000 sebulan. Janji tersebut menjadi janji dicapati apabila menteri pendidikan mengatakan janji tersebut akan ditangguhkan kerana mereka tidak mengetahui kedudukan sebenar kewangan negara pada ketika itu.

Sementara itu, Wan Saiful pula berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak tahu cara melaksanakan pelan menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan yang dijanjikan Pakatan Harapan tanpa data gaji peminjam.

Leave a Comment

Your email address will not be published.