Projek MyKad di Tanjung Piai?

single-image

Musim-musim PRK ini bermacam-macam cerita kita dengar. Ini sebentar tadi katanya kecoh di Kukup ada beberapa kaunter di buka kepada penduduk yang ingin memohon pendaftaran kad pengenalan. Benarkah semua ini?

Hampir nak dekat dengan PRK Tanjung Piai ada sahaja program kerajaan muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Lebih hairannya kebanyakan program hanya tertumpu di Parlimen Tanjung Piai sahaja. Ini hanya satu kebetulan atau memang dalam jadual PRK Tanjung Piai?

Maklumlah, bahang PRK Tanjung Piai kian terasa dari ke hari jadi tentunya akan menjadi sesuatu perkara yang luar biasa jika tiba-tiba sahaja ada program ‘MyKad bersama rakyat’ seperti ini.

Persoalannya lagi, adakah semua ini adalah satu lagi kebetulan atau sesuatu yang terlindung di sebalik apa yang berlaku yang sememangnya rakyat sendiri tidak tahu?

Jika melihat video dan perbualan WhatsApp yang diterima, seseorang yang dikenali sebagai Yb Cikgu Yeo memberi pencerahan bahawa program yang diadakan di Terminal Bas Kukup kebanyakan yang hadir adalah isteri-isteri orang Malaysia yang terdiri daripada warga asing.

Jadi untuk apa mereka ke sana? Semestinya untuk memohon MyKad. Jika perkara yang tular ini benar, siasatan perlu dijalankan bagi memastikan tiada ‘aktiviti-aktiviti’ yang tidak diingin berlaku di Kukup menjelang PRK Tanjung Piai.

Fikirlah balik, jika betul mahu menolong penduduk kampung untuk urusan pendaftaran dan sebagainya kenapa tidak dari dahulu lagi? Kenapa buat program ini masa sudah nak dekat dengan PRK?

Terdesak sangat ke Muhyiddin Yassin mahu menangkan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam PRK kali ini?

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.