Program Sentuhan Kasih Anak Muda Kota Tinggi : “Panti Future Home”

single-image

Program anjuran DUN Panti bersama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi (MBDKT) ini telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Jun 2020 di Kampung Kelantan, Kota Tinggi.

Program yang mendapat kerjasama dari Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS) serta Priduli Johor Daerah Kota Tinggi ini merupakan program kesukarelawanan berkonsepkan gotong-royong rumah kediaman.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah mengganti atap, mengganti tikar getah, membersihkan, mengecat dan menanam pokok bunga serta penyampaian sumbangan barangan keperluan asas.

YB Tuan Hahasrin Bin Hashim selaku ADUN Panti telah hadir serta beramah mesra dengan sukarelawan dan penerima manfaat. Beliau meluahkan rasa bangga dan bersyukur kerana golongan belia sentiasa sedia membantu masyarakat, khususnya melalui aktiviti kesukarelawanan.

Beliau juga berpandangan bahawa aktiviti gotong-royong membersihkan dan membaik pulih rumah terutamanya rumah yang dilanda musibah banjir dan kebakaran wajar diteruskan. Ianya sebagai usaha untuk meringankan beban rakyat pada waktu kecemasan. Inisiatif yang sama seperti ini juga dijalankan oleh kerajaan melalui jabatan dan agensi berkaitan.

Dalam program di sini, YB Tuan Hahasrin Bin Hashim turut bertanyakan khabar kepada Puan Hasmahzor Binti Che Man sekeluarga yang rumahnya mengalami kebakaran kecil pada awal bulan Jun.

Kesempatan ini, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak khususnya MBDKT yang menjayakan program “Panti Future Home”. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi dengan sokongan banyak pihak.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.