PRK Tanjung Piai: Simulasi untuk BN dalam PRU akan datang

single-image

JOHOR BAHRU : Pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai pada 16 November ini merupakan simulasi buat UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, hal itu kerana dalam konteks politik yang tidak menentu ketika ini, PRU boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Untuk memenangi Johor semula adalah tidak mudah. Ini kerana keadaan dan situasi politik di Johor amat berliku. Jika wujud satu permasalahan, penyelesaiannya memerlukan formula yang berlainan dari negeri lain.

“Kita harus menyedari sikap dan demografi pengundi Melayu sudah berubah. Dahulu Johor adalah negeri selamat. Tidak kira siapapun calonnya, kalau dia bertanding di Johor, calon tersebut akan pasti menang. Namun masa sudah bertukar. Itu bukan kelebihan kita lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen UMNO Johor 2019 yang diadakan di Hotel Trove, di sini sebentar tadi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Benut juga memberitahu, UMNO negeri perlu mengamalkan model yang baharu dalam menentukan calon, pengagihan kerusi dan kawasan serta naratif pilihanraya yang sesuai.

“Maka, Cara Johor atau ‘The Johor Model’ bakal dikembang dan dipraktikkan dalam doktrin

perkongsian kuasa BN mengikut kesesuaian negeri kita.

“Mungkin, PRK Tanjung Piai boleh menjadi permulaan bagi model persefahaman baharu ini,” tambahnya.

Sumber : Utusan Online

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.