PRK Tanjung Piai, simbol taawun muafakat nasional – Abdul Hadi

single-image

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah simbol bagi konsep taawun demi perubahan peringkat nasional, sekali gus mewakili Muafakat Nasional, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, konsep itu juga bukan sekadar ukuran satu kawasan Parlimen Tanjung Piai sahaja, malah melibatkan secara menyeluruh.

“Kita melihat pakatan pembangkang memerlukan bukan Islam yang tidak ekstrem dalam masyarakat majmuk iaitu MCA yang ada satu kerusi sahaja.

“Untuk PRU akan datang, formula ini mungkin berubah dengan melihat senario dan strategi semasa untuk memastikan kemenangan Muafakat Nasional di peringkat lebih besar,” katanya dipetik dari Minda Presiden Pas, hari ini.

Beliau berkata, Pas menyertai Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini disebabkan ketegasan parti itu bersama Islam.

Pada masa sama katanya, Pas tidak bersama dengan kalangan yang mahu menyamakan agama (pluralime) ataupun ingin mencontohi parti Islam luar negara yang tidak sama pendekatan dan ruang demokrasi negara kerana demokrasi di Malaysia tidak mengharamkan parti bernama Islam.

Akhirnya, kata Abdul Hadi, Pas terbuang dan ada kalangan mereka dalam parti itu menubuhkan Parti Amanah Nasional (PAN) dengan mengikut pendekatan tersebut.

“Kita bertegas bahawa Islam sahaja yang paling benar dan tinggi dan menerima hak kebebasan beragama lain tanpa menghalang penganut bukan Islam mempercayai agama masing-masing yang benar di sisi mereka.

“Namun, kita menolak konsep semua agama adalah benar yang mengira semua agama sama sahaja,” katanya.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.