PRK Tanjung Piai bakal dihujani gula-gula dari Kerajaan.

single-image

Pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja mengumumkan tarikh penamaan dan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Di mana SPR telah memutuskan pada tanggal 16 November merupakan hari membuang undi manakala 12 November sebelumnya merupakan tarikh mengundi awal.

Setelah pengumuman tersebut diumumkan, ini bermakna PRK Parlimen Tanjung Piai akan berlangsung selepas pembentangan Bajet Malaysia dan Johor. Persoalannya, adakah semua ini hanya sekadar kebetulan ataupun sudah dirancang awal-awal oleh kerajaan?

Maklumlah, kerusi yang kosong di Parlimen tersebut merupakan kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya yang lepas. Sudah pasti mereka tidak akan sekali-kali melepaskan kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang. Jadi mahu tidak mahu mereka akan melakukan apa sahaja cara untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Jangan terperanjat pula nanti semasa pembentangan bajet Pusat atau negeri akan ada banyak bajet yang dibentangkan khusus untuk Tanjung Piai. Siapa tidak kenal dengan kehebatan Parti Pakatan Harapan yang pakar dalam menabur janji-janji manis kepada rakyat.

Jadi tiada pilihan lain, kemungkinan besar bajet Pusat atau negeri akan digunakan sebagai batu loncatan untuk mereka menyajikan pelbagai ‘hidangan gula-gula’ buat pengundi-pengundi di Parlimen Tanjung Piai.

Itu sahaja peluang yang mereka ada untuk menarik kembali perhatian dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan. Seperti yang kita sedia maklum sokongan terhadap parti itu semakin hari semakin merundum ditambah pula dengan flip flop yang sering mereka lakukan.

Apa-apa pun kita perlu tunggu dan lihat sahaja semasa pengumuman Bajet Pusat dan Bajet Johor yang akan diumumkan tidak lama lagi. Jika perkara ini benar-benar berlaku harapnya janji-janji tersebut dapatlah dijelmakan menjadi realiti bukannya dongeng seperti manifesto pilihan raya yang lalu.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.