Presiden Parti Keadilan Rakyat perlu ambil tindakan

single-image

Negara dikejutkan dengan pengumuman pengakuan bersumpah oleh Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin sekitar jam 2 pagi tadi. Haziq dalam video tersebut mendakwa ianya dirakamkan di sebuah bilik Hotel Hotel Four Points, Sandakan Sabah, di mana ianya merupakan tempat penginapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan pada 11 mei 2019 yang lalu.

Haziq yang turut mengakui video tersebut adalah dirinya dengan seorang Menteri tersebut telah diambil tanpa kebenarannya dan tidak mengetahui individu yang merakamkan video tersebut.

Perkara yang memalukan tersebut menjadi bualan masyarakat tempatan, media dan orang ramai. Ianya adalah sesuatu yang perlu segera dibendung dan diselesaikan. Perbuatan tersebut adalah salah di dalam kedua dua sistem syariah (Enakmen Jenayah Syariah) dan sivil (Kanun Keseksaan).

Sementara menunggu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan berkaitan hal ini, kami menggesa agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk segera bertindak tegas terhadap Menteri tersebut agar tidak mencemarkan nama baik negara dan dirinya. Menteri tersebut juga diminta untuk berehat sementara atau mengundurkan diri dari kabinet Kerajaan sementara pihak berkuasa melakukan siasatan.

Perkara ini bukanlah suatu perkara kecil malah ianya merupakan isu moral dan tidak bertamadun. Negara ini sememangnya menolak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ianya perkara yang salah disisi Agama. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat merangkumi LGBT serta hubungan sejenis.

Bagi warganet, usahlah kita menyebarkan perkara yang belum terbukti kesahihannya sehingga dibuktikan bersalah oleh pihak berkuasa. Jadikan media sosial sebagai tempat untuk menyampaikan berita yang sahih. Saya menginggatkan kepada rakan pengguna media sosial agar tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum.

JONI MUHAMAT BIN YAHYA
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM
PBENDAHARI PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.