Presiden FAM antara tiga penerima DMIJ daripada Sultan Johor

single-image

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Berangkat sama pada istiadat itu adalah Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Tiga penerima darjah itu adalah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad dan Pengarah Perubatan Hospital Gleneagles Singapura, Datuk Dr Lee Kang Hoe.

Sementara itu, Hamidin ketika ditemui selepas menerima darjah berkenaan berkata, darjah DMIJ itu dilihat sebagai satu dorongan dan pengiktirafan terbaik dalam usaha membangunkan arena bola sepak negara.

“Pada pendapat saya, anugerah DMIJ yang dikurniakan baginda Sultan Johor kepada saya bukanlah bersifat peribadi dan ia mungkin sebagai pendorong untuk saya bekerja lebih keras membangunkan bola sepak negara.

“Mungkin dengan pengiktirafan ini saya kira sebenarnya memberi nama secara tidak langsung kepada bola sepak negara sama ada kepada FAM atau Malaysia Football League (MFL). Jadi saya rasa kejayaan ini adalah apa yang kita kecapi bersama,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.