PPBM tidak jadi lancar #VMF kerana dikecam DAP?

single-image

Selepas nama calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional diumumkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Tiba-tiba timbul pula satu cerita mengenai satu gerakan yang sengaja dirancang yang dinamakan sebagai #VoteMuslimFirst.

Gerakan ini dipercayai digerakan oleh penyokong tegar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang cuba untuk memancing undi dan menarik sokongan pengundi Melayu di Kawasan Tanjung Piai.

Malah gerakan ini diketahui melalui media sosial selepas tersebarnya satu poster yang tertera slogan “Undilah Calon Melayu dan Islam”. Tetapi nampaknya kempen #VMF ini tidak pergi jauh apabila calon PPBM iaitu Karmaine sendiri menafikan beliau terlibat dengan pengeluaran poster ini.

Persoalannya, adakah penafian ini dibuat kerana didesak oleh DAP sendiri? Maklumlah kita sendiri tahu bahawa DAP ini amat anti dengan penyatuan ummah sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan negara ini akan menjadi negara Taliban jika penyatuan ummah diteruskan.

Tidak mustahil, kempen yang baru dilancarkan ini tiba-tiba perlu diberhentikan dek kerana desakan oleh pihak-pihak tertentu. Jadi apa gunanya undi calon melayu jika masih dikuasai oleh DAP ?

Malangnya lagi, apa maknanya kempen #VMF ini dilancarkan kalau sudah terang-terang calon sendiri nafikan kempen tersebut?

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.