PPBM Sabah boikot calon Warisan?

single-image

Pembukaan tahun 2020 menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRK Tanjung Piai pada bulan November 2019 yang lalu. PRK Kimanis kali ini dilihat cukup menarik apabila menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin dan calon Warisan, Datuk Karim Bujang. 

Dalam tempoh berkempen pastinya setiap calon dan parti akan mengambil peluang sebaik-baiknya untuk menjadikan ia sebagai medan meraih sokongan rakyat setempat. Malah menjadikan ia sebagai platform untuk membentuk naratif baharu yang lebih segar kepada rakyat tempatan khususnya. 

Namun begitu, baru masuk beberapa hari berkempen, sudah macam-macam cerita kita dengar dari kem Pakatan Harapan. Salah satu yang paling menarik adalah khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah sedang boikot calon Warisan. Benarkah semua ini?

Persoalannya, kenapa boleh berlaku boikot sesama sendiri sedangkan mereka dari satu landasan yang sama? Atau memang benar sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa PPBM Sabah sebenarnya yang teringin sangat mahu bertanding di PRK Kimanis ini?

Percaturannya mudah sahaja, jika PPBM berjaya menang di PRK Kimanis secara tidak langsung mereka bolehlah menebus kembali kekalahan di PRK Tanjung Piai yang terdahulu. Itupun jika mereka menanglah. 

Namun apa yang pasti, rakyat Kimanis perlu tolak calon Warisan dan Pakatan Harapan. Dengan penolakkan ini sahaja dapat memberi pengajaran kepada mereka supaya lebih serius bekerja untuk rakyat bukannya membebankan lagi rakyat dari hari ke hari. 

Dalam pada itu, kita sendiri sudah melibat bagaimana kecelaruan dan kepincangan  yang berlaku di dalam Pakatan Harapan. Jadi untuk apa rakyat memilih parti yang tidak mempunyai kesefahaman dan fokus yang jelas? Sepatutnya Kimanis perlu dijaga oleh calon yang berwibawa dan bertanggungjawab seperti calon Barisan Nasional. 

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.