PPBM Kelantan bubar, ahli keluar parti isi borang PAS

single-image

35 ahli termasuk 12 orang ketua pusat daerah mengundi (PDM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu Kelantan mengisytiharkan keluar dari parti hari ini kerana hilang percaya terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sentiasa menuruti kehendak DAP sehingga mengabaikan kepentingan Melayu.

Muak dan jelek dengan politik fitnah dan adu domba yang tidak berpenghujung yang diamalkan oleh Mahathir dan barisan kepimpinannya juga merupakan antara sebab utama mereka meninggalkan parti itu.

Keputusan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan kesemua mereka bertindak mengisi borang keahlian untuk menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Borang penyertaan PAS diterima oleh Yang DiPertua PAS Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi dan Timbalan YDP Kota Bharu, Dato’ Dr Ramli Mamat.

Sumber: www.abuleman.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.