PPBM Johor khianati rakyat Pasir Gudang, arah kilang kimia beroperasi semula?

single-image

Lagi beberapa hari, rakyat akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62. Namun saat kita sedang gembira untuk meraikan kemenangan tersebut dalam tidak sedar penduduk Pasir Gudang masih dibelenggu dengan masalah pencemaran. Merdekakah mereka?

Saya yakin Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi akan lebih manis jika mereka turut sama ‘merdeka’ dari bencana pencemaran sejak bulan Mac yang lalu.

Tapi sayangnya mustahil perkara ini boleh berlaku kerana sejak semalam lagi sudah kecoh di Facebook apabila tersebarnya sekeping gambar laporan polis yang berkaitan dengan pencemaran di Pasir Gudang.

Di dalam laporan tersebut dengan jelas pengadu telah memetik nama Mazlan Bujang sebagai individu yang bertanggung jawab untuk membenarkan kilang kitar semula dan premis perniagaan yang ditutup kerana pengakibatkan pencemaran di Pasir Gudang supaya beroperasi semula seperti biasa.

Malah lebih mengejutkan lagi adalah Mazlan Bujang turut memberi amaran dan mengarahkan si pengadu untuk tidak menganggu premis perniagaan di Kampung Pasir Puteh lagi.

Apa yang kelakarnya, menurut si pengadu Mazlan Bujang memaklumkan bahawa dirinya mempunyai hak taraf Menteri untuk bertindak semedikian. Walhal hanya Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang sahaja berhak membuat kata putus untuk membuka semula kilang-kilang yang sudah disita.

Hairannya, PPBM Johor sebagai parti yang menunjangi kerajaan negeri tidak sepatutnya mengeluarkan arahan sedemikian. Lebih penting lagi, PPBM Johor tidak berhak untuk menganggu kerja-kerja penjawat awam yang menjalankan tanggung jawab mereka.

Apabila arahan seperti itu telah dikeluarkan, adakah PPBM Johor merasakan kilang-kilang yang mengakibatkan pencemaran di Pasir Gudang lebih penting daripada nyawa penduduk di Pasir Gudang. Jujur sungguh kecewa dengan tindakan seperti PPBM Johor yang seolah-olah mementingkan diri sendiri.

Sebelum ini mereka menuduh bekas Menteri Besar Johor, Khaled Nordin yang bertanggung jawab meluluskan kilang-kilang tersebut. Tetapi apa yang dapat dilihat sekarang mereka sendiri kelihatan bersungguh-sungguh membela kilang-kilang tersebut.

Atau sebenarnya Pengerusi PPBM Johor ini sengaja ingin sabotaj kerajaan negeri kerana sudah tentu dirinya maklum bahawa Menteri Besar sekarang berada di Jakarta?

Apapun alasannya, tindakan ini tidak sewajarnya berlaku. Apa yang penting sekarang keselamatan dan kesihatan penduduk di Pasir Gudang perlu berada ditangga teratas sekali. Malah jika benar seperti yang dilaporkan oleh si pengadu, Ini bermakna PPBM tidak layak untuk menjadikan Johor ini sebagai negeri PPBM.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.