Polis Tangkak minta mangsa kereta dibaling batu buat laporan

single-image

TANGKAK : Polis Tangkak menggesa mana-mana individu yang mendakwa kenderaan mereka dibaling batu ketika melalui jalan Sagil-Jementah di sini agar tampil membuat laporan.

Ketua Polis Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, perkara tersebut penting supaya siasatan dapat dilakukan segera berhubung kes berkenaan.

Katanya, terdapat gambar dimuat naik mangsa di media sosial tetapi tiada laporan berhubung kes berkenaan diterima setakat ini.

“Saya turut berbincang dengan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian ini tetapi tiada laporan yang dibuat.

“Malah, kami turut memeriksa laporan di Balai Polis Jementah juga mendapati tiada sebarang laporan yang berkaitan dengan kes itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, ketiadaan laporan menyukarkan pihaknya untuk mengambil tindakan.

“Kita sentiasa mengambil langkah pengawasan dan keselamatan tetapi jika tiada laporan dibuat sukar untuk kami mengetahui keadaan dan situasi kejadian seperti pada jam berapa kumpulan ini membuat aktiviti dan berapa individu disyaki terlibat,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa individu mendakwa kenderaan mereka dibaling batu selepas didekati oleh kenderaan lain dari belakang ketika berada di Jalan Sagil, Tangkak berhampiran kuil.

Perkara tersebut menjadi kebimbangan ramai khususnya penduduk yang melalui kawasan berkenaan selepas beberapa gambar tular memaparkan cermin kereta pecah tular di media sosial.

Sumber : Sinar Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.