Polis kesan saksi kes bunuh di Permas

single-image

JOHOR BAHRU : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) sedang mengesan seorang saksi bagi perbicaraan satu kes pembunuhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, saksi berkenaan yang juga lelaki dikenali sebagai S Clamat berusia 28 tahun.

Menurutnya, proses pengesanan terbabit juga dilakukan susulan saksi berkenaan didapati menghilangkan diri dan gagal dikesan.

“IPD JBS sedang mengesan saksi perbicaraan berkaitan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok.

“Saksi yang juga warganegara itu turut mempunyai alamat di No 22, Jalan Tasek 20, Bandar Baru, Seri Alam, Masai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai proses pendakwaan berkenaan, Shahurinain berkata, ia membabitkan kes pembunuhan pada tahun 2016 di sebuah tapak pembinaan di Permas Jaya.

Justeru beliau berkata, orang ramai yang mengenali saksi atau saksi itu sendiri diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD JBS, Asisten Superintendan, Idris Seth di talian 019-2212939 atau mana-mana balai berhampiran.

Sumber : Sinar Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.