PLUS buka semula ruang makan di R&R

single-image

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula medan selera di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) termasuk dua restoran jejantas dan hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), bermula semalam.

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembukaan semula ruang makan itu selari dengan pengumuman kerajaan berhubung kebenaran makan di restoran dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat berkuat kuasa semalam.

“PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menikmati makanan dan minuman di kawasan berkenaan agar mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu hanya dua orang dibenarkan untuk satu meja makan dengan memastikan penjarakan fizikal satu meter.

“Semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini manakala restoran, gerai serta trak makanan dan minuman bergerak termasuk kedai serbaneka beroperasi mulai 6 pagi hingga 10 malam,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, prapesanan menerusi aplikasi PLUS juga digunakan dalam usaha membantu rakan niaga menerima tempahan daripada pelanggan dan ia boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store atau App Store.

— BERNAMA

Leave a Comment

Your email address will not be published.