Pindaan Had Umur Belia ‘Jalan Pintas’ Kepada Usaha Mengurangkan Pengangguran Belia

single-image

Pada akhir tahun 2018, YB Syed Saddiq telah berikrar untuk menurunkan peratusan pengganguran belia  di Malaysia. Ini adalah rentetan daripada kadar penggangguran belia pada akhir tahun 2018 adalah pada kadar 10.7 % dan  ia amat membimbangkan.

Peratusan ini lebih tinggi berbanding Singapura (4.6 peratus), Thailand (5.9 peratus), Vietnam (7.9 peratus) dan India (10.5 peratus). Walaupun ia lebih rendah berbanding Indonesia dan China masing-masing pada 15.6 dan 10.8 peratus, tetap kadar semasa negara adalah dikategorikan  tinggi.

Kini, selepas setahun Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia, tidak nampak sebarang usaha konstruktif yang dibuat dalam mengurangkan pengangguran belia ini.

Dalam keadaan pengangguran belia ini kian meruncing sehingga meningkat kepada 10.9% seperti yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir di Parlimen minggu lepas, YB Syed Sadiq gigih memperjuangkan penurunan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Apakah hubungkait dan signifikasi antara pengganguran belia dengan menurunkan had umur belia? Apabila dilihat daripada aspek dan hukum matematik, dengan menurunkan had umur belia ini, ia sekaligus dapat menurunkan kadar peraturan pengangguran di Malaysia!

Dijangka dengan ‘mengeluarkan’ umur 31 tahun hingga 40 tahun daripada definisi umur belia, peratusan pengganguran yang dikatakan 10.9% dijangka akan dikurangkan separuh sehingga 5-6%. Sungguh tidak disangka YB Syed Saddiq mengambil jalan mudah ini bagi mengurangkan kadar pengangguran belia!

Benarlah target yang pernah beliau sebutkan sebelum ini, iaitu ingin menurunkan peratusan pengangguran belia kepada “single digit”. Akhirnya target tersebut berjaya dicapai dengan pindaan had umur ini bilamana orang muda lingkungan 31-40 tahun akan ‘dilepaskan’ iaitu kira-kira 5 juta orang daripada tanggungjawab kementerian beliau.

Hal ini tidak termasuk janji pilihanraya YB Syed Saddiq untuk membawa pulang 400000 pekerja di Singapura pulang disamping mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan dalam tempob 5 tahun. Semua ini dilihat samar-samar dan tiada usaha serius dilakukan.

Semua pihak terutama perlu mendesak YB Syed Saddiq dan Kerajaan tampil dengan langkah yang lebih konstruktif dalam isu pengangguran belia ini. Dan ‘jalan pintas’ dengan mengurangkan had umur belia bukanlah satu keputusan yang bijak dan haruslah ditarik balik segera.

´╗┐Iskandar Zulkarnain merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.