PH perlu ‘buang’ Mahathir dengan segera.

single-image

Oleh : Firdaus Md Nor

Penghujung Februari 2020 menjadi saksi bagaimana Pakatan Harapan tersungkur ke tanah. Walaupun parti itu sudah tumbang dan kini kembali menjadi pembangkang semula. Tapi kita masih disajikan dengan kemelut dan krisis masih berlaku dalam Pakatan Harapan. Apa lagi kalau bukan krisis antara Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir.

Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi walaupun mereka cuba menutup lubang yang digali. Hari demi hari ada saja kenyataan yang dikeluarkan dan keadaan ini telah membuktikan perkara ini memang sedang terjadi antara mereka. 

Dan umum semua sudah maklum mengenai sidang media selepas sidang Parlimen yang jelas menunjukkan Anwar tidak berminat untuk hadir bersama Tun Mahathir dengan yang lain. Boleh baca di sini (https://johorpress.com/anwar-tak-hadir-ke-sidang-media-dengan-dr-m-untuk-elak-dipergunakan-mp/).

Secara rasionalnya, kini adalah masa yang sesuai untuk Pakatan Harapan ‘buang’ Tun Mahathir dan tumpu saja pada gerak kerja PRU15. Tidak perlu layan kehendak yang masih mahu rampas semula kerajaan kerana agenda peribadi beliau. 

Tonjolkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan seterusnya untuk pilihan raya akan datang. Sebelum ini pun Anwar Ibrahim pernah keluarkan kenyataan yang katanya mendapat sokongan dari Melayu. Boleh baca di sini https://m.kinitv.com/video/f9a123cd-2858-47ef-9e62-4bb1b6f1dbac

Jadi apa lagi yang Pakatan Harapan perlukan daripada Tun Matathir ni?

Tun Mahathir sendiri sudah hilang sokongan dari parti PPBM. Mungkin juga betul zaman Tun Mahathir sudah tamat. Ini yang perlu Pakatan Harapan sedar.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.