PH Johor goyang dan takut jika berlaku PRU mengejut.

single-image

Dalam satu laporan akhbar hari ini, Aminolhuda Hassan ada mengeluarkan satu kenyataan bahawa Pakatan Harapan Johor tidak ada niat untuk membuat usul tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Hasni Muhammad pada siding DUN akan datang.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/618328/usul-tidak-percaya-terhadap-mb-jika-gugat-speaker-ph-johor-metrotv

Kenyataan ini membuktikan bahawa Pakatan Harapan Johor sememangnya takut untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat ini. Keadaan ini disokong dengan kenyataan tidak beria-ia mahu memancing Osman Sapian.

Kerana mereka sedar, jika berlaku lagi konflik politik di Johor pada waktu sekarang ini. Sudah tentu, Sultan Johor akan membubarkan DUN sepertimana yang telah dititah Tuanku beberapa bulan yang lalu.

Tambah lagi dengan keadaan pengundi yang sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan. Jadi semakin takut bercampur gusar apabila berlakunya pilihan raya secara mengejut. Ini tidak lain tidak bukan, mereka risau mereka akan kalah dan tumbang di Johor kerana tidak cukup persediaan mahupun sokongan daripada pengundi.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.