PH Johor ditolak kerana kebiadapan Tun Mahathir terhadap Institusi Istana Johor

single-image

Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini telah menyaksikan kekalahan teruk Pakatan Harapan sepanjang lapan PRK sebelum ini. Secara tidak langsung, kekalahan memalukan Pakatan Harapan membuktikan bahawa kuasa jelas di tangan rakyat yang berhak membuat kata putus untuk memilih siapa yang benar-benar layak.

Dalam pada itu, kekalahan Pakatan Harapan dalam PRK ini juga turut didorong beberapa isu yang berbangkit di Johor selepas negeri ini ditadbir dan diambil alih oleh Pakatan Harapan Johor.

Antara perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati rakyat adalah sikap kebiadapan Tun Mahathir terhadap Institusi Istana Johor. Malah sikap kebiadapan kebanyakan pemimpin-pemimpin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhadap Institusi Istana Johor juga menjadi faktor mengapa mereka ditolak mentah-mentah oleh rakyat di PRK Tanjung Piai yang lepas.

https://www.sinarharian.com.my/article/26794/BERITA/Nasional/Dr-Mahathir-bidas-TMJ-budak-kecil-bodoh

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/dr-mahathir-sindir-tunku-ismail-tidak-faham-persekutuan/4218694.html

Kesemua ini merupakan salah satu punca kenapa Pakatan Harapan Johor ditolak oleh rakyat Johor. Percayalah, selagi mana Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain menunjukkan sikap biadap terhadap Institusi Istana Johor, selagi itulah rakyat akan terus menolak Pakatan Harapan khususnya Pakatan Harapan Johor.

Hal ini kerana rakyat mula sedar bahawa mereka sememangnya tidak boleh bergantung harap lagi kepada kerajaan Pakatan Harapan. Malah rakyat percaya walaubagaimana buruk pun layanan Pakatan Harapan terhadap rakyat, mereka masih ada Institusi Istana Johor sebagai benteng untuk mereka mengadu nasib.

Dek kerana itu, rakyat sangat menjunjung kasih Institusi Istana Johor dan tidak akan sesekali akan membiarkan Institusi Istana Johor dicemari oleh tangan-tangan kotor. Mesej ini sangat jelas dibuktikan oleh rakyat kerana mereka telah menolak Pakatan Harapan di PRK Tanjung Piai yang lepas.

Sekian,

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.