PH hasut Ahli Majlis dan MPKK tamatkan perkhidmatan ketika Covid-19?

single-image

Semua sedia maklum keadaan genting yang berlaku kini di Malaysia mengenai penularan Covid-19 yang semakin serius dari hari ke hari. Jumlah kes juga langsung tidak menunjukkan sebarang trend penurunan hingga ke hari ini. 

Dalam pada itu, kita sendiri juga dapat lihat bagaimana barisan hadapan sedang mengembleng tenaga dan bersusah payah untuk mengawal penularan wabak ini. Tetapi sungguh tidak faham apabila ada segelitir ahli politik yang terlalu taksub dengan politik masih sibuk berpolitik dalam situasi sekarang ini. 

Salah satunya yang terjadi di Johor baru-baru ini apabila Pakatan Harapan Johor secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat seluruh Johor akan menamatkan perkhidmatan mereka semua berkuatkuasa pada 1 April 2020.

Apa sebenarnya yang cuba dilakukan Pakatan Harapan Johor? Adakah mereka cuba menghasut Ahli Majlis dan MPKK untuk meletakkan jawatan sebagai tanda sabotaj terhadap kepimpinan  yang baharu dibentuk? Lebih-lebih lagi dalam situasi gentir saat ini yang mana kerajaan negeri sedang berusaha keras untuk menangani penularan wabak Covid-19.

Sedangkan sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berulang kali menegaskan bahawa masih belum ada keperluan lagi untuk menukar Ahli Majlis dan MPKK dalam masa terdekat ini. Sudah terang lagi bersuluh tindakan untuk menamatkan perkhidmatan Ahli Majlis dan MPKK ini bukanlah dari kata putus kerajaan yang sedia ada kini tetapi ini semua angkara Pakata Harapan Johor.

Tindakan mereka ini tidak ubah seperti menuang minyak tanah dalam api. Malah mereka dilihat sengaja memainkan isu ini dalam keadaan kerajaan negeri sedang bergelut mengawal penularan Covid-19. 

Dalam keadaan sekarang ini, sepatutnya Pakatan Harapan Johor tolak tepi dahulu mengenai fahaman politik dan sama-sama membantu kerajaan negeri agar Johor terus kekal selamat dan bebas dari penularan Covid-19. Malah Ahli Majlis dan MPKK yang masih memegang jawatan juga sewajarnya meneruskan tanggungjawab mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dalam situasi sekarang ini. 

Contohilah Menteri Besar Johor yang memberikan peruntukan khas sebanyak RM20 ribu kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak kiralah dari Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan. Jadi buat masa ini, semua pihak perlu berganding bahu untuk membantu kerajaan negeri menangani isu ini. Dan isu lain yang tidak penting sepatutnya tidak perlu diketengahkan pada saat ini.

Sekian. 

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.