PH asyik fokus lantikan PM, apa jadi dengan nasib rakyat, soal Rais

single-image

KUALA LUMPUR : Tan Sri Dr Rais Yatim mempersoalkan tingkah-laku Pakatan Harapan yang hanya menumpukan pelantikan Perdana Menteri berbanding menjuarai isu-isu rakyat.

Tegurnya, adakah pelantikan Perdana Menteri adalah segala-galanya dalam agenda politik pakatan tersebut.

“Tun M kini mengangkat DS Shafie Apdal sebagai calon PM untuk konglomerat PH. Hanya bertanya … adakah ini hanya untuk politik PH: siapa yang akan menjadi PM? Bila seseorang akan menjadi PM; Berapa lama seseorang akan menjadi PM,” katanya.

Ahli Dewan Negara itu bertanya, bagaimana pula dengan kebajikan rakyat dan kedudukan ekonomi negara.

Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau bersama Parti Amanah Negara, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Mohd Shafie merupakan Presiden Warisan.

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah dekat sini dua hari lalu.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.