Pesawat AirAsia berpatah balik selepas wanita buat ugutan bom bunuh diri

single-image

PETALING JAYA : Penerbangan AirAsia dari Kolkara ke Mumbai terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhash Chandra Bose pada 11 Jan lepas selepas seorang penumpang wanita mengancam untuk meletupkan pesawat itu, menurut laporan media India.

Mohini Mondol, 25, adalah penumpang penerbangan AirAsia I5316.

Selepas 40 minit berlepas, dia menyerahkan nota kepada juruterbang melalui krew penerbangan, mendakwa dia diikat dengan bom di mana dia akan meletupkannya bila-bila masa.

Juruterbang kemudian mengisytiharkan kecemasan apabila pesawat kembali ke lapangan terbang pada jam 11 malam pada Sabtu. Wanita itu kemudiannya ditahan.

“Tiada bom yang diikat pada tubuhnya. Penyiasatan lanjut sedang dijalankan. Dia belum lagi mendedahkan mengapa dia membuat ugutan bom, mengapa dia pergi ke Mumbai dan mengapa dia mahu penerbangan itu berpatah balik ke Kolkata,” kata pegawai lapangan terbang memetik Hindustan Times.

Pengawal selia penerbangan India kemudian meluluskan penerbangan pesawat itu.

Sumber : freemalaysiatoday.com

Leave a Comment

Your email address will not be published.