Perubahan ke arah yang lebih positif

single-image

JOHOR BAHRU : Hampir 700 perwakilan yang terdiri daripada 26 bahagian seluruh negeri memberi komitmen untuk menghadiri Konvensyen UMNO Johor 2019 yang bermula pada 8.30 pagi tadi dan dijangka tamat pada sebelah petang nanti.

Konvesyen UMNO Johor telah diadakan di Hotel Trove, Johor Bahru. Setiap perwakilan mula memenuhi perkarangan hotel seawal jam 7.30 pagi bagi mengambil tempat untuk mendengar lebih jelas berkenaan amanat yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Malah konvensyen yang bertemakan ‘Membumi Semangat Nasionalisma Melayu Baharu’ telah dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam konvensyen ini juga, buat pertama kalinya diadakan Bicara Tokoh yang disampaikan oleh Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Konvesyen kali ini diadakan dalam suasana baharu dan lebih positif dalam usaha memperkukuhkan lagi parti dan ianya merupakan satu platform membina semangat para perwakilan untuk meneruskan perjuangan parti demi kebaikan negeri Johor pada masa akan datang.

Dalam pada masa yang sama, seramai 29 orang perwakilan telah mengambil peluang mewakili bahagian masing-masing termasuk wakil sayap-sayap untuk berbahas mengenai topik-topik  yang dipilih bagi menjana idea-idea dan gagasan baru untuk UMNO Johor.

Perbahasan Usul berkenaan PRK Parlimen Tanjung Piai telah menjadi topik hangat dan utama yang dibahaskan oleh perwakilan dalam Konvensyen UMNO Johor. Namun antara perbahasan usul yang turut dibahas merangkumi isu-isu semasa seperti politik di peringkat Pusat dan negeri, sosial dan ekonomi.

Apa yang penting, lebih membanggakan dan terharu semua perwakilan yang hadir pada hari ini sanggup meluangkan masa dari awal hingga akhir majlis Konvensyen UMNO Johor.

Malah konvensyen yang meriah ini juga merupakan konvensyen pertama yang diadakan di bawah kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut.

Sekian.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.