Permohonan program geran ‘food truck’ fasa 2 dibuka

single-image

Johor Bahru: Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) membuka peluang kepada usahawan yang memiliki trak makanan bergerak atau ‘food truck’ supaya memohon secara dalam talian bagi program 3P (Pemulihan, Pemerkasaan dan Peningkatan): Geran Food Truck Johor (Fasa Dua).

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata, geran fasa dua itu memberi peluang kepada usahawan yang tidak sempat mengemukakan permohonan pada Ogos lalu dan mereka perlu mengisi butiran di pautan http://bit.Iy/3p_ftjohor dengan lengkap berserta salinan dokumen diperlukan.

“Permohonan hendaklah dilakukan menerusi dalam talian di laman Facebook rasmi Perbadanan Usahawan Johor bermula 2 petang hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemohon yang tidak berjaya pada permohonan lalu boleh membuat rayuan menerusi emel [email protected].

Bagaimanapun, rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang mempunyai trak makanan, dan jika bukan pemilik kenderaan, mereka perlu melampirkan bukti perjanjian sewa atau maklumat berkaitan.

Katanya, bagi pemohon yang berjaya dan sudah menerima surat tawaran pada 25 Oktober lalu, PUJB kini dalam proses selanjutnya dan sebarang pertanyaan berhubung permohonan itu boleh diajukan menerusi pesanan mesej di Facebook rasmi Perbadanan Usahawan Johor atau emel [email protected].

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.