Perkahwinan berkonsepkan ‘drive thru’ di Kluang

single-image

Melihat situasi semasa, pasangan pengantin Norazura Mohd Ali dan Aguzz Aguss memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan ‘drive thru’. Sebelum persiapan diadakan pasangan itu telah meminta kebenaran dari pihak polis di kluang terlebih dahulu. 

Menurut pasangan pengantin tersebut, majlis yang dirancang dari awal berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Malah majlis mereka turut dihadiri dari setiap pelusuk negeri seperti Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan beberapa kawasan yang lain.

Bagaimanapun, kita dapat lihat majlis yang diadakan mematuhi SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara SOP yang diamalkan semasa majlis berkenaan adalah mencatat nama dan nombor telefon serta saringan suhu badan.

Apa yang menariknya lagi, majlis perkahwinan pasangan pengantin ini merupakan pasangan pengantin pertama di Malaysia yang mengadakan konsep ‘drive thru’ seperti ini. Terakhir admin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Norazura Mohd Ali dan Aguzz Aguss. Semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke Jannah. 

-JohorPress

Sumber : Kami bangsa johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.