‘Perang’ antara Mahathir dan Anwar semakin teruk

single-image

Akhir-akhir ini, Anwar Ibrahim dilihat semakin galak menyindir dan mendedahkan satu persatu keburukan Tun Mahathir melalui akaun Facebook Live peribadinya. Walaupun Anwar Ibrahim tidak menyebutkan nama Tun Mahathir secara terus namun rata-rata penonton Facebook Live itu mampu meneka dengan baik siapa yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim.

Live bersama Anwar Ibrahim

Malam ini akan menyentuh beberapa isu, antaranya:1. Unjuran baharu ekonomi Malaysia tatkala Covid-192. Masa depan dan kedudukan terkini Pakatan Harapan3. Pesan khas kepada pimpinan dan aktivis KEADILANDemocratic Action Party Parti Amanah Negara Pakatan Harapan

Posted by Anwar Ibrahim on Saturday, July 4, 2020
https://www.malaysiakini.com/news/532072

Manakala Tun Mahathir juga sering mengeluarkan kenyataan kontroversi yang dituju khas kepada Anwar Ibrahim selepas dirinya meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan ahli PPBM pasti ada sahaja cerita ‘baik’ Anwar Ibrahim dikongsikan oleh Tun Mahathir. 

Jom kita dengar apa Dr. Mahathir bin Mohamad membawang tentang Anwar Ibrahim dalam Perjumpaan Bersama Ahli Akar Umbi BERSATU pada 26 Jun 2020 yang lepas.Bersatu ada akar umbi ker… 😂😶

Posted by ‎تون تيجا‎ on Friday, June 26, 2020
https://mykmu.net/2020/06/05/mungkin-anwar-ada-masalah-dengan-saya-mahathir/
https://www.sinarharian.com.my/article/90294/BERITA/Politik/Tun-M-dedah-sebab-Anwar-tak-layak-jadi-calon-PM

Keadaan seperti ini, mungkin sudah dapat diramalkan sedari awal lagi sejak mereka bersetuju untuk bekerjasama. Betullah mengikut cakap-cakap orang bahawa Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim ini tidak sesuai untuk jadi ‘kawan baik’ bahkan untuk saling bekerjasama. Mereka lebih sesuai menjadi ‘rakan seteru’ untuk mewarnai arena politik. 

Nampaknya bendera kembali ‘berkibar’ dan kerjasama baik sebelum ini semakin pudar. Yang jelas kedua-dua pemimpin ini memang tidak boleh bekerjasama lagi apatah lagi duduk sebumbung dan semeja. Baik Anwar Ibrahim mahupun Tun Mahathir, salah seorang daripadanya mungkin akan membuat kejutan untuk keluar daripada parti Pakatan Harapan Plus. Tunggu dan lihat sahaja nanti.

Inilah jadinya jika kerjasama yang dicapai itu atas dasar politik semata-mata dan ditambah dengan niat yang tidak baik-baik. Akhirnya parti sendiri binasa. Menjadi tanda tanya semua pihak sekarang adalah berapa lama lagi agaknya Pakatan Harapan Plus mampu bertahan?

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.