Perak kembali bergolak?

single-image

Sebelum ini sudah banyak kali kita dengar masalah dan kemelut politik yang dihadapi di Perak. Selepas sahaja PRU-14 yang lalu shingga ke hari ini Perak tidak henti-henti dihujanji kontroversi yang berpanjangan.

Kini, politik di Perak kembali bergolak selepas tersebarnya satu rakaman video yang berdurasi 6.27 minit dan dipercayai dirakam semasa berkempen di PRK Tanjung Piai baru-baru ini. Dalam rakaman tersebut individu yang dipercayai Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu sedang meraih sokongan pengundi.

Namun, kemuncak kepada video tersebut apabila Menteri Besar Perak itu mengatakan beliau terpaksa terkontang-kanting berhadapan seorang diri untuk melawan DAP. Malah, beliau sendiri mengakui diri berjuang untuk mempertahankan tanah-tanah orang Melayu di Perak dari terus jatuh ke tangan puak-puak DAP.

Jadi dengan pengakuan dari Menteri Besar Perak ini sendiri, secara tidak langsung ia membenarkan desas-desus sebelum ini yang mengatakan bahawa DAP mahukan tanah di Perak.

Dan dek kerana kenyataan Menteri Besar Perak ini, semua pemimpin DAP tidak kiralah dari peringkat akar umbi mahupun peringkat pusat masing-masing berebut mengeluarkan kenyataan untuk membidas kenyataan Menteri Besar Perak.

http://www.astroawani.com/berita-politik/guan-eng-minta-mb-perak-beri-penjelasan-kenyataan-mengenai-dap-222226

Nampaknya dengan tersebarnya cerita ini ia memberi isyarat yang sudah jelas bahawa Pakatan Harapan Perak semakin tenat. Malah pergolakan dalaman Pakatan Harapan Perak yang kian meruncingkan ini juga memberi gambaran sebenar apa yang berlaku dalam Pakatan Harapan pada hari ini.

Hairannya, sekarang ini Johor yang sedang berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi Perak pula yang bergolak?

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.