Penyokong Pakatan Harapan tolak cadangan sejarah negeri dan kesultanan Johor dijadikan silibus pembelajaran.

single-image

Baru-baru ini, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri Johor ada mencadangkan supaya subjek sejarah negeri Johor dan kesultanan Johor dimasukkan ke dalam silibus pendidikan sekolah agama bermula tahun depan.

Malah perbincangan mengenai perkara ini juga sudah di peringkat akhir di mana perbincangan awalnya sudah bermula sejak sebulan yang lepas. Melihat kepada inisiatif yang diketengahkan ini, sememangnya baik untuk perkembangan sistem pendidikan di semua sekolah agama di negeri Johor. 

Pada hari ini jelas kita boleh lihat banyak isu-isu yang melibatkan penghinaan terhadap Institusi Kesultanan Melayu. Misalnya kes seorang pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan banyak lagi kes yang pernah berlaku sebelum ini 

Jadi sudah jelas dapat kita lihat bahawa penurunan penghayatan terhadap semangat nasionalisme, sikap menghormati Institusi Raja dan pengetahuan sejarah dalam diri generasi muda hari ini. 

Maka cadangan yang disyorkan ini sepatutnya disambut baik oleh semua pihak khususnya rakyat negeri Johor sendiri supaya martabat negeri Johor dan kesultanan Johor terus terpelihara dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Namun begitu, masih ada segelintir pihak yang kurang senang dengan cadangan Exco Hal Ehwal Agama Islam ini. Tetapi apa yang memeranjatkannya, pihak yang menolak cadangan ini rata-ratanya adalah penyokong Pakatan Harapan sendiri. Malah ada juga diantara mereka yang mengecam Exco ini kerana bertindak memberikan cadangan seperti itu.

Komen dan kecaman ini juga boleh dilihat di Facebook page Pakatan Harapan Johor sendiri. Antara reaksi dan komen-komen yang diberikan terhadap cadangan tersebut adalah seperti berikut :

Hairan juga dengan penyokong Pakatan Harapan Johor ini apabila cadangan yang melibatkan Istana Johor mesti akan tentang habis-habisan. Walaupun cadangan itu datang dari Exco Pakatan Harapan sendiri. Contohnya seperti yang kita lihat di atas ini.

Cuma yang menjadi persoalannya, di mana salahnya cadangan yang dikemukakan oleh Exco ini?

-johorpress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.