Penutupan sementara persimpangan bertingkat Yong Peng (Utara) mulai 22 Oktober hingga 19 November 2019

single-image

Bagi menjalankan kerja-kerja menaiktaraf jalan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara laluan di Persimpangan Bertingkat Yong Peng (Utara) di KM99.30 di Lebuhraya Utara-Selatan.

Kerja-kerja naik taraf dan penutupan di persimpangan bertingkat tersebut akan dijalankan selama 29 hari bermula pada 22 Oktober (Selasa) sehingga 19 November 2019.

Sehubungan itu, pelanggan lebuh raya dari arah Johor Bahru dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif untuk ke Yong Peng, Batu Pahat atau Segamat seperti berikut:-

Pilihan Laluan Alternatif

Pertama

Keluar melalui Plaza Tol Yong Peng (Selatan) di KM94.55 – melalui Jalan Persekutuan untuk ke Yong Peng/Batu Pahat/Segamat

Kedua

Keluar melalui Plaza Tol Ayer Hitam di KM80.22 – melalui Jalan Persekutuan ke Batu Pahat/Segamat

Walau bagaimanapun, laluan lorong masuk Plaza Tol Yong Peng (Utara) dibuka dan beroperasi seperti biasa untuk pelanggan yang menghala ke Johor Bahru atau Kuala Lumpur.

Sementara itu, pelanggan lebuh raya dari arah Kuala Lumpur juga boleh keluar menggunakan Plaza Tol Yong Peng (Utara) untuk ke Yong Peng, Batu Pahat atau Segamat.

Sehubungan dengan itu, PLUS ingin menasihatkan semua pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papantanda serta arahan yang dikeluarkan.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

Sumber : Plus.com.my

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.