Penularan wabak influenza A di sekolah… operasi penutupan akan dibuat setelah dapat nasihat KKM

single-image

sekolah supaya mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) Pengawalan Penularan Wabak Influenza A yang dikeluarkan oleh KPM. Operasi penutupan sekolah hanya akan dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak KKM.

“Pihak sekolah diingatkan juga untuk memantau murid atau warga sekolah yang dijangkiti wabak ini dan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, mangsa perlu diasingkan, berhubung dengan ibu bapa untuk dihantar pulang bagi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital.

“Pengetua dan Guru Besar hendaklah sentiasa mewujudkan kesedaran akan penyakit ini kepada semua warga sekolah dengan mengamalkan amalan kebersihan diri yang sempurna,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama juga diharap daripada ibu bapa supaya peka terhadap kesihatan anak-anak dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah.

“KPM memberi jaminan akan mengambil tindakan yang tegas dan serius bagi memastikan kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin,” katanya

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.