Pengiktirafan Wanita dalam perjuangan UMNO usah diragui

single-image

BAKRI : “Pengiktirafan wanita dalam perjuangan UMNO usahlah diragui,” YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bakri.

“Golongan wanita lah yang sebenarnya dapat memupuk suasana kemesraan dalam segala bentuk majlis yang dianjurkan oleh UMNO. Teruskan berkhidmat dan memberi kebajikan walaupaun ketika kita tidak punya apa-apa” tambahnya lagi.

“Justeru itu, sudah sampai masa dan ketikanya, Majlis Tertinggi UMNO bersetuju untuk memberikan wanita pengiktirafan yang tertinggi. Wanita akan diberi kedudukan setaraf dengan Timbalan Presiden dan bukan lagi sebagai sayap dalam parti UMNO. Ini merupakan sebahagian usaha dalam menambah baik dan memperkasakan peranan wanita dalam parti,”

Dalam ucapan yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu turut menyentuh Perpaduan Ummah yang sedang dilaksanakan.

“Penyatuan Ummah sepatutnya berkesudahan UMNO dan PAS duduk di bawah satu bumbung, sebagai satu blok pembangkang dalam pilihanraya yg akan datang” Katanya dalam ucapan sambil turut memetik kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.

YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad turut memberi jaminan bahawa UMNO Johor akan melantik barisan peguam bagi mempertahankan maruah atas tuduhan UMNO Johor menerima duit dari 1MDB.

Perasmian Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Bakri yang dihadiri kira-kira 300 ahli wanita Bakri turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Bakri, Hj Fuad Tukiran dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bakri, Puan Suraya Ismail.

– Johor Press

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.