Penerbit, penulis buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’ perlu dikenakan tindakan tegas permain Jata Negara

single-image

BIADAP dan kurang ajar!

Itu pandangan dan kenyataan tegas Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berhubung kulit buku bertajuk, ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’  yang mempamerkan logo mirip Jata Negara yang diubahsuai.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu telah menyemarakkan kemarahan rakyat bukan sahaja di Johor malah di seluruh negara.

Ini kerana logo mirip Jata Negara pada kulit buku berkenaan telah pun diubahsuai menjadi bentuk jelek dan sangat menghinakan.

Atas faktor itu, penerbit, penulis dan semua yang terlibat menerbitkan buku berkenaan perlu segera disiasat dan dikenakan tindakan tegas.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berharap kerajaan khususnya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perkara itu kerana lambang atau simbol negara, bukan barang mainan.

Perlakuan sedemikian melanggar Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan tidak Wajar) 1963, jadi mereka yang bertanggungjawab perlu segera dibawa ke muda pengadilan.

Ini bukan pertama kali lambang negara dipermainkan, termasuk Jalur Gemilang yang dipasang dan dikibarkan secara terbalik.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menerusi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Saya juga telah mengarahkan serta mengerakkan semua bahagian Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Johor untuk membuat laporan polis. Ini bukan perkara yang main-main kerana adalah tidak wajar lambang negara dipersenda dan dipermain-mainkan.

Sekali lagi diharapkan pihak polis dan kerajaan harus mengambil tindakan yang paling tegas terhadap individu-individu yang terlibat dalam menerbitkan buku kontroversi berkenaan.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor juga berharap kerajaan menggubal semula undang-undang sedia ada bagi membolehkan pesalah yang melakukan kesalahan menghina agama, negara, raja-raja Melayu dan pemimpin dikenakan hukuman yang keras dan tegas.

Kita perlu memberikan pengajaran kepada mereka supaya jangan sesekali berani mempermainkan lambang negara dan menghina agama, negara, raja-raja Melayu dan pemimpin.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.