Pendedahan eksklusif mengenai Lebuh Raya Pan Island Link (PIL)

single-image

Lebuh Raya Pan Island Link (PIL) adalah satu projek ketika Menteri Kewayangan kita memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kos lebuhraya yang panjangnya 19.5km pada mulanya diumumkan sebagai RM7.5 bilion.

Untuk membiayai projek ini, Kerajaan Pulau Pinang telah menjual beribu hektar hak tambakan laut.

Hak tambakan laut juga satu jenis aset kerajaan kerana kawasan yang sesuai untuk ditambak adalah terhad.

Apabila semua kawasan yang sesuai telah ditambak maka tiada lagi wujudnya aset dan hak ini untuk dijual pada masa depan.

Difahamkan bahawa kos projek ini telah naik dari RM7.5 bilion menjadi RM9 bilion bermakna kos pembinaan bagi setiap kilometer lebuh raya ini ialah RM461 juta satu kilometer – iaitu lebuhraya paling mahal dalam sejarah.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-teliti-maklum-balas-sebelum-laksana-projek-lebuh-raya-pil1-186164

Selepas PRU14, kerajaan Pulau Pinang juga telah meminta dana RM1 bilion dari kerajaan pusat untuk memulakan projek ini.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pinjaman-mudah-bantu-kerajaan-p-pinang-laksana-projek-ptmp-181098

Ramai di Pulau Pinang membantah projek lebuh raya ini dan kata projek ini tidak diperlu, terlalu mahal ataupun akan merosakkan alam semulajadi.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/08/06/ngos-protest-over-proposed-pan-island-link-highway-project-at-penang-state-assembly/?fbclid=IwAR1QOwuPG0wiwntdEYESYPZMagT3Vpc_t6-4b56Lg6G5fSQ8GVGr_nWxlaI

Tetapi saya jangka bantahan mereka tidak akan berhasil dan kerajaan Pulau Pinang tidak akan hentikan PIL ini.

Jika kita melihat peta lebuh raya PIL yang saya lampirkan, kawasan yang saya gariskan dengan warna oren di hujung lebuhraya ini ialah tapak projek pembangunan hartanah bernilai RM15 bilion yang telah dianugerahkan kepada syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.

http://www.theedgemarkets.com/article/ewein-consortium-zenith-develop-rm15b-wellness-resort-city-penang?fbclid=IwAR3QuIuZY4xKE_txw6RsTuIS4fVfCRUoUxlUGSpra096UMSRZLwJQ9s9aw4

Erti kata lain, lebuhraya PIL ini dibina untuk menghubungkan projek pembangunan syarikat terowong dengan lapangan terbang Bayan Lepas.

Kalau kita panggil kroni, nanti ada orang marah.

Tanah untuk tapak ini telah diberi kepada syarikat konsesi ini oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai bayaran RM6.3 bilion untuk projek terowong yang sehingga kini iaitu 6 tahun selepas projek dianugerahkan, masih tidak dapat siapkan laporan-laporan yang bernilai RM305 juta yang juga dibayar oleh kerajaan PH.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524991/laporan-kajian-terowong-dasar-laut-belum-siap?fbclid=IwAR2u5aa61-I4Ie-MUdbKxxWfap4ODfZ9VkoT60Nv-8irwQdG87qsi1Q5bJo

Oleh itu, mereka di Pulau Pinang yang kuat membantah lebuhraya PIL ini patut tahu bahawa projek ini tidak akan dihentikan.

Jerit sampai hilang suasa pun kerajaan PH akan teruskan PIL.

Projek hartanah swasta yang bernilai RM15 bilion bukan main-main.

Jika projek PIL ini dihentikan, kerajaan boleh jimat RM9 bilion – cukup untuk membayar balik segala hutang RM8 bilion FELDA.

Masih ada baki RM1 bilion untuk dikembalikan kepada rakyat seperti dengan membayar BR1M kepada orang bujang dan pertolongan kepada petani yang PH telah hapuskan dan kurangkan.

Sumber : Facebook Najib Razak

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.